Monday 9 July 2012

Pencarian

Assalamualaikum semua,

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana dah lama tak meng'update' blog ni :p
Setelah sekian lama, saya menyepi di bawa arus kesibukan duniawi, akhinya, saya masih lagi diberikan Allah kesempatan dan peluang untuk terus berkongsi pengalaman yang tak seberapa ini...

Jauh di sudut hati saya masih lagi sakit atas kehilangannya. Tapi, alhamdulillah, atas bimbingan-Nya, saya tabah & redha atas pemergiannya. Namun disebalik dugaan-Nya itu, terbukti ada hikmah disebaliknya. Tidak aku menyangka bahawa aku lulus dalam peperiksaan akhir tahun empat yang lalu, ketika aku diduga dengan sebegitu rupa. Aku melalui minggu ulangkaji dengan sangat berat, tetapi pada masa yang sama aku diberi ketenangan yang tak pernah aku rasai sebelum ini. Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang untuk terus mempercayai segala kekuasaan Mu yang membawa aku mendekati Mu

Kerana terlalu gembira atas nikmat & kurnian-Nya, tiba-tiba pada suatu hari aku mengambil keputusan untuk menyatakan hasrat aku untuk menamatkan zaman bujangku secepat yang mungkin kepada kedua orang tua ku. Mereka agak terkejut, namun mereka memahami keadaan aku pada ketika itu yang dalam kesedihan & kesunyian tanpa teman hidup. Pengalaman telah mengajar aku, bahawa perhubungan 5 tahun yang terjalin antara aku dan dia yang tidak mendapat restu kedua orang tuaku kini lenyap sekelip mata!
What a wasting 5 years! at the end, I'm the one who cry whenever I'm alone and felt really lonely.
Memandangkan usiaku juga tela mencecah 23 tahun dan bakal menamatkan pengajian setahun sahaja lagi, jadi aku benar-benar ingin membina sebuah masjid sebaik sahaja aku dipanggil bertugas sebagai house officer di mana-mana hospital tempat bakal suamiku berkerja. Risau juga, bila sudah bekerja nanti aku tidak berkesempatan mencari kerana terlalu sibuk. huhu ^___^ Aku juga merasakan, aku tidak perlu menjalinkan sebarang hubungan cinta sebelum cinta itu menjadi milikku sepenuhnya. Maksudnya di sini, cinta dalam sesuatu perhubungan itu akan lebih mekar setelah pasangan itu halal sebagai suami isteri yang sah. Aku inginkan cinta seperti itu. Jadi, aku bercadang untuk mencari calon suami yang mampu memberiku kasih sayang yang sejati nanti. Bermulalah pencarian ku di sini.......