Wednesday 2 May 2012

Menziarah Kubur

salam,

Berat benar kakiku melangkah ke bilik jenzah Hospital Serdang... sangat berdebar-debar... ku lihat ramai tetamu yang tidak ku kenali berkumpul di ruang legar... Lalu aku di bawa masuk ke sebuah bilik, kaku melihat wajahnya yang sudah tidak bernyawa lagi...air mataku kering, tidak terdaya untuk mengalir lagi... Ak ditemani rakan ku yang sedia membantu ku...menangis ku dihadapannya dan dia jugalah yang memujuk ku untuk tenang menhadapi dugaan-Nya.
Saat itu jugalah, kali pertama aku bersua dengan ibu bapa arwah. Badan ku menggigil, takut, tidak mampu untuk berkata-kata...melihat raut wajah ibu bapanya yang juga sayu, membuatkan hatiku bertambah perit.. kami bersalaman, namun tidak banyak yang kami perkatakan, kerana setiap perkataan yang keluar dari mulut ibu arwah, membuatkan aku terkedu, mengenangkan nasib yang menimpa diriku...hajat yang tidak kesampaian diperkatakan berulang-ulang kali membuatkan diriku sebak...
Hati bertambah sakit apabila mengetahui jenazahnya akan di bawa pulang ke Sibu. Ya, memang hak ibubapanya untuk membawanya pulang ke tanah tempat kelahirannya.. Mengingatkan diriku yang tidak berkemampuan untuk pergi ke sana untuk menyempurnakan pengebumiannya adalah paling menyedihkan! Alhamdulillah, namun aku sempat mendirikan solat jenazah di hospital pada hari itu juga...itu sahaja yang mampu aku lakukan buat arwah tercinta, ku kirim doa agar perjalanannya di sana dipermudahkan..amin...

Terburu-buru aku membuat keputusan untuk terbang ke Sibu dengan niat hanya untuk menziarahi kubur arwah. Sebagai seorang anak, aku meminta keizian dari kedua orang tua ku mengenai hajatku itu. Berat benar hati mereka ingin melepaskan ku pergi sendirian. Tapi apakan daya duit yang aku ada hanya mampu ku guna untuk ku seorang. Jadi terbanglah aku sendirian ke Sibu sejurus sahaja peperiksaanku tamat.
Aku disambut baik oleh keluarga arwah, yang terus membawaku ke kuburnya. Bacaan Al-Fatihah dan tahlil kami sedekahkan kepada arwah...kedengaran suara ku teresak-esak ketika nama arwah di sebutkan... Aku tidak mampu lagi menahan kesedihan ketika berada di depan kuburnya... MasyaAllah! peritnya hanya Allah yang tahu... namun aku cuba kuatkan semangatku ketika berhadapan dengan keluarga arwah...
Ku dibawa pulang ke rumah mereka, dijamu dengan kenduri tahlil... sengaja mereka mengadakan kenduri tersebut memandangkan aku tidak berkesempatan menghadirinya pada hari pengebumian arwah yang lepas. Ak terharu.. di situ jualah, ak berkenal-kenalan dengan keluarga arwah, baik adik beradiknya, neneknya, sepupunya, pakcik makcik nya, anak buahnya...semuanya ku jumpa..kecuali adik bongsu arwah yang umurnya hampir sebaya denganku, yang paling rapat dengan arwah! Aku hampa kerana aku teringin sangat bertemu dengannya. Tapi apakan daya, dia lagian sibuk belajar di Kuching.
Kehampaan ku itu terbalas sebaik sahaja ku terpandang wajah adik lelakinya yang ke-3. Wajah mereka amat seiras.. kelu lidah ku yang ingin berkata-kata..belum sempat aku menyatakan hajat ku untuk mengajaknya berbual, terus kelibatnya hilang di bawa rakan-rakannya keluar.
Ah, tumpah lagi air mataku, terbayang-bayang akan wajah arwah.. Abang, abang, abang...teresak-esak sambil memanggil arwah..
Sepanjang 3 hari ku menjadi tetamu (yang dahulu ku harap dapat menjejaki bumi Sibu ini sebagai menantu), ku dilayan bagaikan menantu... Alhamdulillah, aku bersyukur...
Hari terakhir ku di Sibu adalah saat yang tidak dapat ku lupakan... Ku dihulur buah tangan banyaknya... sedekah dari nenek tercinta "ambil ni, selalukan guna untuk arwah, nenek lagi tua, tak mampu tahan lama".. masih lagi terngiang-ngiang pesanan nenek ini... selagi ak terdaya, selagi itulah hajatnya aku tunaikan... Jika bukan kerana nenek, memang hajat hati ku ini ingin sentiasa menyedekahkan ayat suci al-quran dan doa buat arwah. Berdua kami sebak dan teresak2 ketika berpisah..ku peluk dan ku cium orang tua itu sepuasnya..
Ku sempat menziarah kubur arwah sekali lagi... Aku berjanji, selagi mana aku mampu, aku akan cuba menziarah kuburnya lagi, insyaAllah...
Kejutan yang tidak disangka-sangka, di airport, ku dihulur sampul yang penuh...sudah ku jangka dalamnya berisi wang.. tidak ku berani mengambilnya... kedua-dua wajah ibubapa arwah sayu, mengharap agar aku menyambut baik pemberian mereka... katanya, "ini arwah punya, gunakan untuk beli alat tulis". Gugur lagi air mata ku ini...
Mereka berpesan, "ada masa datang lagi sini, beritahu kami dahulu, kami belikan tiket untuk kamu sipa-siap, senang. Kamu lagi belajar, jangan susah-susah guna duit sendiri". Aku hanya mampu mengangguk..kesedihan yang tak tertanggung...
Air mata kekal mengalir sehingga aku tiba di bilik, ku baring... untuk mengawal diri..untuk bersabar dengan segala ujian Allah yang ku yakin ku mampu hadapi, insyaAllah.

"Segala nikmat dan ujian datang dari Allah, dan aku bersyukur atas segala yang berlaku atas diriku"
"Sabar itu separuh dari iman, ia sangat menguji kekuatan dan iman seseorang"
"Segala ujian Allah itu adalah yang mampu kita kerjakan, jadi yakinlah, kita mampu mengatasinya"





No comments:

Post a Comment